ETHEREAL CRYSTAL

PENGENALAN

Kristal boleh didapati dalam semua tempat di dunia ini dalam keadaan bentuk yang pelbagai. Ianya adalah simbol kemegahan dan kekuasaan sebagaimana kristal digunakan pada mahkota dan tongkat ataupun camar.

Perubatan tradisional menggunakan kristal telah mengalami pelbagai perubahan mengikut edaran masa dan ramai yang mendapati tenaga kristal banyak memberi manfaat kepada pemiliknya.

Perkataan kristal berasal dari perkataan Greek purba , ”krystallos” yang membawa maksud ’ais’. Kristal adalah ais yang membeku secara keseluruhannya dan tidak akan cair semula. Pembekuan ini adalah mengikut fenomena kejadian alam semulajadi . Semasa pembekuan ini, segala tenaga dikumpulkan dan tersimpan bersama kejadian kristal ini. Sebab itulah kristal mengandungi tenaga yang berterusan sehinggalah kemusnahannya. Tenaga yang tersimpan itulah yang digunakan untuk kehidupan seharian kita.


BAGAIMANA KRISTAL BERFUNGSI?

Kristal mempunyai keupayaan elektromagnet yang kuat. Keupayaan ini dapat mempengaruhi medan elektromagnet yang terdapat pada diri manusia ataupun disebut sebagai AURA. Apabila berlaku kepincangan pada aura manusia, maka dengan meletakkan kristal kristal tertentu pada badan manusia, medan elektromagnet kristal tersebut akan mempengaruhi serta memperbaiki medan elektromagnet manusia sehinggalah menjadi stabil semula. Maka berlakulah penyembuhan pada diri manusia tersebut.



MEMILIH KRISTAL

Perkara utama dalam memilih batu Kristal untuk kegunaan peribadi adalah dengan percaya kepada naluri diri dan tarikan tenaga kristal tersebut, Jika merasakan kristal tersebut sesuai dengan diri kita, beli sahaja kristal tersebut tanpa banyak berfikir mengenainya. Pemilihan juga bergantung kepada kegunaan kristal tersebut berdasarkan kepada warna dan jenis kristal.

Jika pemilihan kristal tersebut untuk orang lain (sebagai hadiah dan sebagainya ), bayangkan wajah orang berkenaan dan kemudian tumpukan kepada kristal tersebut, Jika dirasakan sesuai, maka belilah kristal tersebut, jika tidak, carilah kristal lain .


JENIS KRISTAL

1. ”SINGLE TERMINATORS”
Mempunyai 6 persegi dan satu bahagian tajam yang bertindak sebagai pemokus untuk aliran tenaga kristal tersebut. Kebiasaannya digunakan untuk kegunaan umum dan pengubatan.

2. ”DOUBLE TERMINATORS”
Mempunyai 2 bahagian hujung yang tajam dan kedua bahagian tersebut digunakan sebagai penyalur tenaga. Tenaga yang ada disatukan dan disalurkan kepada pengguna atau mengikut niat serta bayangan minda .

3. ”CLUSTER”
Batu batu kristal yang kecil terhimpun di dalam satu himpunan. Kebiasaannya ’cluster’ kristal Amethyst banyak terdapat di pasaran.. Berfungsi untuk mengimbang dan mengharmonikan tenaga di tampat di mana cluster tersebut diletakkan. Cluster ini juga berfungsi sebagai pengecas dan pembersih tenaga kepada kristal kristal yang telah digunakan. Letakkan kristal yang lain selama 5 jam di dalam cluster ini untuk tujuan mengecas dan membersihkannya.

4. PIRAMID
Merupakan kristal yang mempunyai bentuk geometrik yang tenaganya terfokus di bahagian puncak piramid. Amat sesuai untuk dibawa bermeditasi dan diletakkan di dalam bilik. Kelebihannya adalah terdapat dua jenis tenaga yang dapat disalurkan iaitu tenaga kristal itu sendiri dan tenaga piramid hasil daripada penyerapan tenaga alam semester serta dipancarkan berterusan.

KONSEP DASAR

Penyembuhan Tenaga Kristal tanpa penggunaan kristal
Menggunakan teknik penyerapan energi Kristal dari alam (Ethereal Crystal) melalui proses attunement . Energi Kristal Ethereal lebih kuat berbanding dengan energi Kristal Asli

Terdapat 9 Tingkat Attunement (Attunument 1-2-3. 4-5-6 dan 7-8-9). Masing masing mewakili kelompok kristal tertentu .Dapat digabungkan dengan teknik penyembuhan lain seperti Reiki dan Tenaga Dalam .Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, perlu didukung dengan pengetahuan mengenai ‘Crystal Healing’


KELOMPOK KRISTAL

Kelompok 1-2-3
Amber ,Amethyst ,Aquamarine, Aventurine, Pink Beryl (Morganite) ,Blue Lace Agate , Botswana Agate ,Green Calcite, Carnelian , Chrysocolla , Citrine, Clear Quartz, Diamond, Single Terminated Clear Quartz Crystal, Emerald , Hematite, Red Jasper, Malachite, Rose Quartz , Ruby , Sodalite, Turquoise

Kelompok 4-5-6
Alexandrite ,Amazonite, Azurite, Bloodstone, Gold Calcite, Fire Opal ,Fluorite, Red Garnet, Jade, Lapis Lazuli, Moldavite, Moonstone, Peridot, Pyrite, Blue Sapphire, Yellow Sapphire, Black Tourmaline, Violet Tourmaline, Pink Tourmaline, Double Terminated Clear Quartz Crystal

Kelompok 7-8-9
Charoite, Sugilite, Rhodocrosite, Pyritsun, Prasem (African Jade), Snowflake Obsidian, Apache Tears, Moqui Marbles, Boji StonesTektite, Chalcedony, Larimar (Atlantis Stone), Labradorite, Kunzite, Heliotrop, Cyanite, Apophyllite, Ruby-Zoisite, Tansanite

CARA PENGGUNAAN

Penyembuhan
Visualisasikan Batu Kristal diletakkan ke Cakra atau organ / tubuh pesakit serta menyebut nama Kristal yang hendak digunakan. Energi akan terus mengalir dan aliran tenaga akan terhenti apabila penyembuhan telah sempurna atau dapat dihilangkan jika tidak dikehendaki lagi.

Gem Elixir
Secara konvensional, pembuatan Gem Elixir adalah dengan cara merendamkan batu kristal ke dalam air selama 12 – 24 jam. Dengan menggunakan Etherel Crystal, Gem Elixir dapat dibuat dalam beberapa waktu minit sahaja. Elixir ini memiliki kekuatan 400% (Setelah mndapatkan attunement ke tahap 3). Caranya : Visualisasikan dan niatkan energi kristal diletakkan ke dalam air yang dimaksudkan.

Penguatan Batu Kristal

Niatkan dan letakkan secara visualisasi batu Kristal Etherik ke dalam batu kristal yang ingin diperlukan

‘Clear Quartz’
Dapat dilakukan pointing (arah) ke posisi yang dimaksudkan. Cukup dengan niat sahaja.


ETHEREAL CRYSTAL ATTUNEMENT’

Setelah menerima Attunement Kristal Etherik sehingga ke tahap 9 , anda dapat memberi attunement yang sama kepada orang lain secara berperingkat peringkat.

Terdapat 3 peringkat Attunement . Setiap peringkat akan diselaraskan sebanyak 3 peringkat iaitu attunement pertama akan menyelaraskan kelompok 1-2-3. Attunement Kedua akan menyelaraskan kelompok 4-5-6 dan hanya dapat dilakukan selepas 5 hari attunement pertama. Manakala Attunement Ketiga akan menyelaraskan kelompok 7-8-9 dan hanya dapat diselaraskan selepas 5 hari attunement tahap kedua dilakukan.
. Setiap attunement akan mengambil masa selama 25 minit
Bayaran Kursus RM 150.00
Master Roslan bin Said
016-6135399
Boleh di'attunement'kan secara jarak jauh.
Manual dan CD gelombang alpha dan Theta akan diberikan.
post signature

Comments

fcuteam said…
NO ANDA IALAH 1716
SILA TULISKAN NO
ANDA DI ATAS WIDGET
KAMIBLOGGER

Popular posts from this blog

Transurethral resection of the prostate (TURP)

Wisma Amal Cahaya Bistari