Posts

Showing posts from 2008

Sahabatku.....

Image
Sahabatku Tiada yang bermakna bila bersamamu Tiada yang berharga dari kejujuran mu Tiada seindah kata dapat kugambarkan keikhlasan mu Tiada apa yang dapat kukatakan Jerih payah kau bersama Suka duka kau selami bersama Segalanya bersamu sahabatku.. Tiada yang lebih indah bila saat kenangan denganmu Segalanya untukmu sahabat. Sahabat kaulah segalanya Bagiku.... Hasil Nukilan Sahabat setia 27.March.2008 Luahan hatiku..

Sepi

Sepi Kau sentiasa hadir bila ku sendirian Kau membawa sejuta persoalan Mengapa kau perlu hadir? Mengapa kau sentiasa menggangu ku? Sepi Hatiku ini sepi tanpa kehadiran mu Hatiku ini rindu Hatiku bertanya? Sampai bila aku harus merasai kesepian ini Bila... Haruskah aku Haruskah aku mencari erti sebuah kesepian Perlukah aku Perlukah aku pendam kesepian ini Sepi Tak sanggup lagi Untuk ku menanggung kesepian ini Pergilah kau Pergilah jauh dari benak hatiku... Sepi Masihku mencari erti sebuah kesepian dan kehidupan Ku masih mencari dan terus mencari.... Hasil Nukilan : Sahabat Setia Date: 19.06.2008 Luahan Hatiku

12 Sifat Sahabat

Image
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang meng

KASIH SAYANG MENURUT ISLAM

Image
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat. Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “ Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar