Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan
Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG! Best kan? Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta… TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya… * Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya * Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana * Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung * Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya * Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami… Bukankah semua ini hanya ...