Posts

Erti Sebuah Keredhaan

Image
malam ini tiada bintang tiada cahaya yang menrangi malam ini tiada bulan tiada indahnya alam.. kemana perginya bulan kemana perginya bintang tanpa bintang dan bulan tiada indahnya alam.. begitulah kehidupan tiada cinta tiada kasih tiada sayang.. hilanglah kebahagian hilanglah semangat hilanglah keindahan sebuah kehidupan.. carilah kebahagian carilah keindahan carilah erti sebuah kehidupan demi sebuah keredhaan dariNYA sesunguhnya tiada yang indah dari sebuah KEREDHAAN NYA...insyallah. Hasil Nukilan Shumie 16:15 PM 7/26/2009

Seindah Bahasa semerdu suara

Erti hati Hati tiada siapa yang mengerti tiada siapa yang ingin ketahui tiada siapa yang ingin menjaga hati pedih rasa bila kecewa tiada erti bahagia tiada erti kehidupan.. hati tiada siapa kan mengerti tiada siapa kan menjaga hati ini.. luahan hatiku.. sahabat setia 28.02.09

lima perkara

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya : 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari…. KATA NABI SAW : “ siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya.. siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat.. siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan.. siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat.. dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’
Image

Meningkatkan daya ingatan anda

Oleh: Ahmad Fadzli Yusof KEMAHIRAN mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi seseorang pelajar. Bukan sahaja untuk mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran, bahkan kita juga perlu mengingati tugasan-tugasan yang pertu dilakukan setiap hati. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan daya ingatan kita? Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh anda lakukan, namun dalam ruangan ringkas ini, ada beberapa panduan asas yang mudah untuk anda semua: Pertama sekali, yakinkan diri bahawa anda mempunyai daya ingatan yang kuat. Ingat semula perkara-perkara yang anda lakukan semalam. Cuba fikir tentang pakaian yang anda pakai, makanan yang anda makan, tempat yang anda pergi, dan beberapa tugasan yang anda telah selesaikan semalam. Banyak perkara yang anda ingat bukan? Tetapi, sebenarnya ia tidak perlu disimpan dalam otak anda. Buang sahaja maklumat yang tidak penting. Berikan ruang kepada maklumat-maklumat penting. Memori anda kuat, cuma anda telah menyimpan maklumat yang tidak perlu. Ak...

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. 3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. 4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan. 5. Memahami apa yang dibaca. 6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. 7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran. 8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan. 9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran. 10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet. 11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran. 12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu. 13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. 14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelaja...

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran. 2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting. 3. Tidur yang mencukupi.. 4. Menjaga kesihatan diri. 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. 7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat . 8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas. 9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh. 10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak. 11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai. 13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan. 14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar. 15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. 16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan. 17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk m...