Posts

Showing posts from 2008

Sahabatku.....

Image
Sahabatku
Tiada yang bermakna bila bersamamu
Tiada yang berharga dari kejujuran mu
Tiada seindah kata dapat kugambarkan keikhlasan mu
Tiada apa yang dapat kukatakan
Jerih payah kau bersama
Suka duka kau selami bersama
Segalanya bersamu sahabatku..
Tiada yang lebih indah bila saat kenangan denganmu
Segalanya untukmu sahabat.
Sahabat kaulah segalanya
Bagiku....



Hasil Nukilan Sahabat setia
27.March.2008
Luahan hatiku..




Sepi

Sepi
Kau sentiasa hadir bila ku sendirian
Kau membawa sejuta persoalan
Mengapa kau perlu hadir?
Mengapa kau sentiasa menggangu ku?
Sepi
Hatiku ini sepi tanpa kehadiran mu
Hatiku ini rindu
Hatiku bertanya?
Sampai bila aku harus merasai kesepian ini
Bila...
Haruskah aku
Haruskah aku mencari erti sebuah kesepian
Perlukah aku
Perlukah aku pendam kesepian ini
Sepi
Tak sanggup lagi
Untuk ku menanggung kesepian ini
Pergilah kau
Pergilah jauh dari benak hatiku...
Sepi
Masihku mencari erti sebuah kesepian dan kehidupan
Ku masih mencari dan terus mencari....



Hasil Nukilan : Sahabat Setia
Date: 19.06.2008
Luahan Hatiku

gelang magnetik E-Dymium

Image
Sejarah

Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan.

Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan "gout" dan kekejangan otot.

Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikikan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu.

Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet "mengganggu" tranmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus me…

Rawatan Metafizik Gemilang

Image
Pengenalan

Alam semester merupakan sumber tiada batasan,terdiri dari jutaan jenis energi kehidupan.Reiki adalah teknik pnyembuhan yang merupakan ilmu rahsia kuno dengan memanafaatkan energi alam semesta maka reiki adalah penyembuhan alami yang bersumberkan energi illahi .Dimana ianya dapat dipelajari dan diperolehi dalam waktu yang singkat.Rei adalah perkataan dari bahasa jepun yang bererti alam semesta dan ki bererti energy kehidupan atau tenaga hayat .Jadi terjemahan Reiki bermaksud energy tenaga hayat dari alam semesta ciptaan tuhan atau energy illahi
Reiki kundalini bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dana cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi.Cakar akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujing tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini.Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruh badan melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terketak dibahagian…

12 Sifat Sahabat

Image
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang men…

KASIH SAYANG MENURUT ISLAM

Image
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat. Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “ Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa s…