Posts

Showing posts from 2011

tom yam putih ...eksperimen how to make tom yam with my uncle

Image
hai blogerss semua tengah leka2 main fb a.k.a muka buku...my uncle telah mencadangkan satu idea yang bernas a.k,a terbaik...nie antara perbualan ak and my uncle. my uncle:"mie jom rini kita masak tom yam putih" ko gie call ibu tanya resepi dierr.. sekadar hiasan me: nanti owang call.. ak pun serves cari dalam internet...kat sini ak kongsi resepinyerr bahan-bahan 1biji bawang besar 4ulas bawaputih  1batang serai dititk kulit limau purut(secukup rasa) cili.padi A.K.A cili api asam jawa(dibuat air) 2biji limau.. udang atau ayam 1biji tomato kobis bunga  air 2mangkuk cara-cara  1. Tuangkan air kedalam periuk 2. Masukkan ayam & bawang putih 3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit 4. Masukkan air asam jawa, kacau 5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa.. 6. Perlah

chim chum...what is the chim chum..

Image
   chim chum  rasa  nak tahu sangat pasal chim chum bila perkataan tu keluar dari mulut my uncle..kowang semua pernah dengar chim chum tu mesti ader yang selau dengar kan.. ini info sikit pasal chin chum credit to chentahatibersuara . ...walaupun bebola dan ade jugaklah makanan sampingannya contohnya...hirisan daging dan ayam yang dibakar diatas bekasnya dan di dalamnya terdapat arang yang dibakar....2 gelas air pun x cukup...sup nye pun wa cakap lu...sedapp bangat sup chin chum ni dihidangkan dalam cerek kemudian dituang disekeliling dapor steamboat tadi... ala-ala  maca steambot.. steambot is all about seafood..and this chim chum thing are about bebola and same slice of meat and chicken..wahhh try to write in english...klakorrr...klu der kengkawan yang tahu kat mana nak cari chin chum nie leh g tau ak...just comment ...

JOM join SEGMEN| 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat !!

Image
JOM join SEGMEN| 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat !! segmen  saya dapat tau dari sahabat blogger saya shahirahpuat ..saja-saja  jer join...hilangkan perasaan bosan and penat setelah sekian lama berbakti pada masyarakat heheheh...berbakti lah sangat...jom lah sesapa yang baca nie join clik link http://emybloggergirl.blogspot.com/2011/11/jom-join-segmen-10-perkara-pelik.html 10 perkara pelik tentang saya...tak tau la kan kalau x pelik plak..pape pun just laynzzzzz............. 1.kalau makan masakan orang suka komen mengalahkan master chef..klu sendiri yang masak awal2 dah bagi tau xsedap jangan complen.. 2.kalau stress suka makan coklat xpun aiskrim...macam bebudak plak rasanyerr.. 3.suka belanja owang sampai xsedar duit dah nak kering hahahha...pada orangyang tertentu jerr saya belanja bukan orang sebarangan... 4.suka beli buku tapi nak bacanyerr agak bermasalah untuk habiskan satu buku..beli banyak tapi bacenyerrr kadang-kadang setahun baru habis baca..kadang xbaca pun aader b

harimau atau garuda.....

Image
Mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.Itulah misi utama skuad bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang dijadual bertemu pasukan tuan rumah Indonesia di perlawanan akhir sukan sea 2011 pada 21 November 2011 di stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan yang akan berlangsung pada jam 8 malam itu dijangka sengit kerana pasukan Indonesia sudah pasti akan menurunkan barisan utama mereka selepas mereka ditewaskan oleh Malaysia 1 – 0 dalam perlawanan peringkat kumpulan. Dibantu pula dengan puluhan ribu penyokong yang digelar “pakar perang psikologi” Indonesia sudah pasti turun dengan lebih bersemangat kali ini.Malaysia pula berbekalkan dengan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia sebelum ini mungkin tiada masalah untuk sekali lagi beraksi di hadapan penyokong fanatik mereka. Perlawanan akhir sukan sea 2011 ini akan disiarkan secara langsung di RTM, Astro Arena dan TV3 pada 21 November 2011 Jam 8 malam.Sama sa

Mari Bersama kita renungkan

Image
Allah S.W.T berfirman "Barangsiapa  yang menghendaki kehidupan didunai dan perhiasanya ,nescaya kami berikan kepada meraka balasan perkerjaan didunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.itulah orang-orang yang tidak memperolehi akhirat ,kecuali nerakan dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan didunia dan sia-sialah apa yang mereka telah kerjakan " ( Surah Hud 15-16 )

Mee penang nampak cam sedap...jom cuba

Image
Rasa macam nak masak tengah sibuk mencari resepi terbaru  terjumpa resepi nie mari bersama kita kongsi resepi ini.dulu cita-cita nak jadi chef tapi rezki xder jadi misi pulak haha malawak plak.. mee penang credit to google image   MI PENANG Bahan-bahan 1 kilo mee kuning 1 kilo daging lembut (batang pinang – JANGAN  dihiris), cuci bersih dan toskan 3 liter air, jika kurang tambah 200 gram tomato puree 50 gram lada kering 10 biji bawang putih 3 biji bawang besar ½ kilo udang, yang sederhana besarnya (kupas kulit dan goreng sampai masak) toskan 3 keping tauhu, potong dadu, goreng dan toskan ½ kilo tauge, dibuang kepala dan akar, cuci bersih, dicelur sebentar dan ditoskan. 3 pokok daun salad, dihiris 3 biji tomato, dihiris bulat Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bahan Tabur 10 biji limau kasturi, setiap satu dibelah dua Hirisan daun sup dan daun bawang Hirisan beberapa batang lada hijau dan lada merah Bawang goreng Cara-cara: Rebus daging dengan

ombak rindu

Image
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan ray

Aku bukan tomboy

Image
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam. Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra

Alamak Toyol

Image
Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcod

Dana Tabung Buah Pinggang Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi: KIDNEY TRANSPLANT FUND RAISING AHMAD HAFIZUDDINTh...

Image
Dana Tabung Buah Pinggang Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi: KIDNEY TRANSPLANT FUND RAISING AHMAD HAFIZUDDIN Th... : KIDNEY TRANSPLANT FUND RAISING AHMAD HAFIZUDDIN The purpose of this fund is to raise RM300,000 to finance the kidney transplant for Hafiz i...

Sejenak Menghayati Lautan

Image