Monday, November 21, 2011

Mee penang nampak cam sedap...jom cuba

Rasa macam nak masak tengah sibuk mencari resepi terbaru  terjumpa resepi nie mari bersama kita kongsi resepi ini.dulu cita-cita nak jadi chef tapi rezki xder jadi misi pulak haha malawak plak..

mee penang credit to google image


 
MI PENANG
Bahan-bahan
1 kilo mee kuning
1 kilo daging lembut (batang pinang – JANGAN  dihiris), cuci bersih dan toskan
3 liter air, jika kurang tambah
200 gram tomato puree
50 gram lada kering
10 biji bawang putih
3 biji bawang besar
½ kilo udang, yang sederhana besarnya (kupas kulit dan goreng sampai masak) toskan
3 keping tauhu, potong dadu, goreng dan toskan
½ kilo tauge, dibuang kepala dan akar, cuci bersih, dicelur sebentar dan ditoskan.
3 pokok daun salad, dihiris
3 biji tomato, dihiris bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan Tabur
10 biji limau kasturi, setiap satu dibelah dua
Hirisan daun sup dan daun bawang
Hirisan beberapa batang lada hijau dan lada merah
Bawang goreng
Cara-cara:
  1. Rebus daging dengan air dan sedikit garam.
  2. Setelah empuk, keluarkan dagingnya.
  3. Air rebusan disimpan.
  4. Daging dipotong dadu dan digoreng, kemudian toskan.
  5. Kisar halus lada kering, bawang putih dan bawang besar.
  6. Gaulkan bahan kisar ini dengan tomato puree.
  7. Panaskan 1 cawan minyak didalam kuali.
  8. Tumis rempah kisar hingga garing.
  9. Bahagi dua sambalnya.
  10. Satu bahagian dimasukkan kedalam periuk air rebusan daging.
  11. Mendidihkan.
  12. Tambah garam jika perlu.
  13. Masak sehingga lazat rasa kuahya.
  14. Lebihan sambal, digoreng dengan mee kuning.

Cara Menghidang
  1. Isikan sedikit mee goreng kedalam mangkuk.
  2. Hias diatasnya dengan daging goreng, udang goreng, tauhu, tomato, hirisan daun salad, tauge, daun sup/daun bawang, dan lada hijau/merah.
  3. Kemudian tuang kuah, biar lebih sedikit kuahnya, taburkan bawang goreng, dan perah kan limau kasturi.
  4. Enak dimakan panas-panas
post signature

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails