Kehidupan tanpa sahabat itu umpama sebuah tangki yang tiada air nya...jadi hargai sahabat Dan kenang budi sahabat...Jgn cari musuh tapi cari sahabat yang mampu bersama Susah Dan senang....
Wednesday, February 27, 2013
Monday, February 25, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Aku hanya insan biasa mencari redhaMU
Ya ALLAH pada Ku Kami berserah..jangan engkau lalaikan Kami dengan nikmat yang telah engkau beri pada kami.Biarlah rezki yang kami perolehi ini digunakan dijalanmu Ya Allah.Permudahakan urusan Kami dunia akhirat.permudahkan Kami mencari redha mu.terimalah taubat Kami ampunkan dosa Kami Ya Allah.permudahkan jodoh Kami.Biarlah Kami sentiasa berada dilandasan syahadah mu.....INSYALLAH....
Sunday, February 17, 2013
Keluarga adalah segalanya..
Keluarga adalah pemangkin kejayaan bagi individu dalam melaksanakan sesuatu.
Jadi hargailah Keluarga kita.keluarga adalah yang pertama perlu kita hargai
Renungan bersama rezki bukan hanya milik kita Saja
Dalam kita menjalani kehidupan ini Jgn kita lupa pada mereka yang memerlukan.Mari ringan sedikit beban mereka d3ngan menghulurkan sedikit sumbangan..Apabila kita berbelanja rezki yg kita perolehi dijalan ALLAH...INSYALLAH rezki mendapat barokah Dan keberkatan..INSYALLAH ALLAHakan mengandakan lagi rezki kita...lakukan sesuatu demi memdapat redha ALLAH itu lebih baik...renungan bersama..
Saturday, February 16, 2013
Wisma Amal Cahaya Bistari
MARI BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.
Mari kita melakukan sedikit pengorbanan dan infakkan harta kita dijalan ALLAH..
Saya sebagai admin blog ini dengan hati yang tulus ikhlas cuba membantu dari segi menggunankan blog ini sebagai medium hebahan.Diharapkan kita dapat membantu setiap dari mereka dan apa yang kita belanjakan dijalan ALLAH sentiasa mendapat barokah dan rahmat serta limpahan kasih ALLAH insyallah
Dengan ini dimaklumkan WISMA AMAL CAHAYA BISTARI(No pendaftaran 002016132-M)
(WACB) memerlukan bantuan untuk menampung kos pengurusan wisma ini.
Wisma Amal Cahaya Bistari adalah sebuah Pusat Kebajikan Dan Pendidikan untuk anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, asnaf zakat, remaja insaf serta perlindungan sementara bagi mereka yang memerlukan.
Wisma Amal ini telah pun beroperasi pada pertengahan tahun 2010 yang didaftarkan atas nama Pusat Jagaan Cahaya Bistari (No pendaftaran : 002016132-M) sedang mengendalikan seramai 100 orang anak-anak daripada golongan yang disasarkan samada yang menghuni di Wisma ini atau yang tinggal bersama keluarga serta waris masing-masing
untuk maklumat lanjut berkenaan Wisma ini boleh layari di web ini di www.wismaamal.org
KONSEP
Wisma Amal Cahaya Bistari ini berkonsepkan sebuah kompleks yang memberi kemudahan kepada penghuni yang ianya berfungsi sebagai asrama, penempatan petugas, pejabat, nursery kanak-kanak, bilik tetamu, bilik kuliah dan bilik transit bagi golongan berkenaan dan sebagai pusat aktiviti penghuni dan pihak pentadbiran.
Misi
Wisma Amal Cahaya Bistari berhasrat untuk menjadi sebuah hub kebajikan dan pendidikan sebagai penghubung antara golongan yang berkemampuan serta dermawan dengan golongan yang sangat memerlukan pembelaan dan perhatian.Wisma Amal ini bertindak selaku pengelola, pengendali dan penyelia segala keperluan serta kemudahan kebajikan dan pendidikan secara optimum melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Semua ini dilaksanakan bukan berasaskan keuntungan.
Visi
Matlamat
Program yang disusunatur oleh Wisma Amal ini bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat antaranya ialah:- Mendidik,membimbing dan memantau penghuni asrama dari sudut akidah, ibadah dan akhlak agar sentiasa selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Mengasuh dan mendidik agar kehidupan seharian menepati panduan dan syariat Tuhan
- Menanamkan keyakinan kepada Tuhan sehingga benar-benar merasai peranan Tuhan dalam setiap inci dan detik kehidupan
- Membina jati diri melalui keyakinan yang padu kepada Allah serta janji-janji nya
- Melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi manfaat kepada orang lain
- Melahirkan generasi yang sangat berkasih sayang antara satu sama lain
- Membina perhubungan yang berkekalan antara golongan dermawan dengan golongan yang memerlukan pembelaan
- Membantu menjayakan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni kesan daripada program pembelaan dan kasih sayang antara dua golongan tersebut
Objektif
Wisma Amal
ini akan menjadi pusat aktiviti-aktiviti kebajikan serta pendidikan
dengan mnyediakan keperluan dan kemudahan bagi golongan seperti berikut ;- 8 golongan asnaf (fakir,miskin,mualaf,ibnu sabil, penuntut ilmu,musafir,orang yang berhutang dan amir)
- anak-anak yatim
- Ibu tunggal
- 4. remaja insaf
- 5. warga emas
- 6. oku
- 7. mangsa bencana alam
- 8. mangsa gejala social
Thursday, February 14, 2013
I hope Allah will bless our life and all of you
I hope today Ya اَللّهُ
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.
Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.