Posts

Showing posts with the label Luahan Hati

Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan

Image
Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG! Best kan? Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta… TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya… * Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya * Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana * Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung * Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya * Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami… Bukankah semua ini hanya ...

hikmah perpisahan....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSI...

Saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah: 1. Lupakan masa lalu Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasan...

Persahabatan

Maksud sebenar Persahabatan PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara." Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip. Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihati...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian jug...

PENYEBAB KERESAHAN HIDUP.

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :- Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang. Percampuran antara iman dan syirik. Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26) Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedan...

Didicazli_-_Seribu_Kenangan

Kenangan bersama kekal selamanya sekalipun kau hilang di mata sering aku merindu Terkenangku senyumanmu detik pertama berseminya cinta kian tiba penghujung waktu saling berlinangan pilu Setia ku menyayangi tiada ku kesali walau kian hanya berteman seribu kenangan Bagiku terlalu indah setiap detik bersama rela akhirnya ku terluka dariku hidup tanpa kenal cintamu Terkenangku senyumanmu detik pertama berseminya cinta kian tiba penghujung waktu saling berlinangan pilu Setia ku menyayangi tiada ku kesali walau kian hanya berteman seribu kenangan Bagiku terlalu indah setiap detik bersama rela akhirnya ku terluka dariku hidup tanpa kenal cintamu Walau kian hanya berteman seribu kenangan bagiku terlalu indah setiap detik bersama rela akhirnya ku terluka dariku hidup tanpa kenal cintamu tanpa kenal cintamu............. Download> hayati lah erti lagu nie....semoga terhibur

Dambaan Cinta

Didicazli - Dambaan Cinta Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi Renungan mata bukan pandangan biasa Bertahun andai terjalin hingga waktu ini Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama Semakin berputik perasaan ini Kini baru ku sedari Selama ini kau ku sayangi Andai bukan itu hakikatnya Mengapa rindu yang ku rasa Mungkin tiada ku fahami Tidak dapat ku nafikan lagi Beban rahsia kian membakar diri Kalimah cinta selongkar renungan dicipta Mungkinkah dibiar terdampar Kasih tak kesampaian Naluri bisik bukannya dambaan cinta Kini baru ku sedari Selama ini kau ku sayangi Andai bukan itu hakikatnya Mengapa rindu yang ku rasa Mungkin tiada ku fahami Tidak dapat ku nafikan lagi Beban rahsia kian membakar diri Ikhlas ku nyatakan Kau yang ku sayangi Kau yang ku cintai Walau tak mampu ku miliki Ingin ku luahkan Mungkin satu hari Kan terbuka pintu hati Dapat juga kau terima Diriku akhirnya Ikhlas ku nyatakan Kau yang ku sayangi Kau yang ku cintai...

Mencari Cinta?

S alam... Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya ti...