Posts

Showing posts with the label Ruangan Bersama Chef..

tom yam putih ...eksperimen how to make tom yam with my uncle

Image
hai blogerss semua tengah leka2 main fb a.k.a muka buku...my uncle telah mencadangkan satu idea yang bernas a.k,a terbaik...nie antara perbualan ak and my uncle. my uncle:"mie jom rini kita masak tom yam putih" ko gie call ibu tanya resepi dierr.. sekadar hiasan me: nanti owang call.. ak pun serves cari dalam internet...kat sini ak kongsi resepinyerr bahan-bahan 1biji bawang besar 4ulas bawaputih  1batang serai dititk kulit limau purut(secukup rasa) cili.padi A.K.A cili api asam jawa(dibuat air) 2biji limau.. udang atau ayam 1biji tomato kobis bunga  air 2mangkuk cara-cara  1. Tuangkan air kedalam periuk 2. Masukkan ayam & bawang putih 3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit 4. Masukkan air asam jawa, kacau 5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun ta...

Ayam Percik

Image
Ayam Percik Bahan-bahan 2 kg ayam [potong 4 keping] 3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ] 1/2 cawan air asam jawa 1 s/t gula 1 s/t halba garam secukup rasa bahan mesin halus 20 tangkai cili kering 4 biji bawang putih 3 cm halia 5 batang serai Cara Memasak 1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. 2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam. 3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu] 4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun. NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang....

ROTI JALA

Image
ROTI JALA Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung kastad 2 s/b susu cair 2 cawan air garam Cara Memasak 1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk. 2. Pansakan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala. 3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong. 4. Hidangkan dengan gulai ayam.

Donut

Image
Donut Bahan-bahan Bahan A                                  600 gm tepung gandum 100 gm tepung naik sendiri 100 gm gula 30 gm susu tepung 1 s/k garam 11 gm [ 1 paket] yis mauripan Bahan B 1 biji telur [pukul sikit] 330 ml air suam 60 gm majerin 1 s/k bread softener Bahan C [untuk goreng donut] 500 ml minyak 1 s/b majerin Cara Memasak 1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. 2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. 3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda. 4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. 6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api. 7. Goreng donut sehingga kuning keemasan. 8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Nota:semasa mencanai doh..me...

Resepi Apam Balik

Image
Bahan-bahan : 2 cawan tepung naik sendiri 1/2 cawan gula1 butir telur1 1/2 cawan air 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil pewarna kuning Bahan taburan : 1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk1 cawan gula halus1 tin jagung krim Kaedah penyediaan : 1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je) 2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin. 3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul. 4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satusenduk adunan. Tutup kuali sebentar. 5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali. 6.Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua. Nota : 1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandumdicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. 2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu denganminyak terlebih dahulu. Kredit to Radio Atok http://www.radioatok.com

Salad Buah

Image
Salad Buah Bahan-bahan 2 biji epal hijau 2 biji epal merah 2 biji mangga (yg masak tapi keras) 1 biji betik exotica 1 tin nenas kiub anggur merah dan hijau kismis hitam dan kuning 3 cawan yogurt (sebarang perisa) 3 cawan ice-cream vanilla 3 s/b oren sunquick Cara Memasak 1. Potong dadu semua bahan yang besar. 2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in. 3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. dihidangkan dalam mangkuk kecil

Nasi goreng biasa

Image
Nasi goreng biasa Bahan-bahan 4 cawan nasi sejuk [hancurkan] 2 biji telur ayam [pukul sikit] 5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci] 1/2 batang carrot [potong dadu kecil] kobis bulat [potong kecil] minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bahan tumbuk 2 biji bawang putih\ 6 biji cili padi 2 biji cili merah segengam ikan bilis 1 inci belacan Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. 2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Ksehingga sedikit layu. 3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan 4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak. 5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng

sate

Image
Bahan-Bahan: Untuk 140-150 cucuk sate 2 kilo dada ayam 1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak Bahan untuk memerap ( disatukan dan dikisar) 10 ulas bawang merah 1 ulas bawang besar 6 ulas bawang putih 4 batang serai 5 inci halia 2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar 1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar 1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus. Bahan perasa 5 sudu makan serbuk kunyit 2 sudu makan madu. 500 grm gula Bahan perasa 5 sudu makan serbuk kunyit 2 sudu makan madu. 500 grm gula pasir Cara: isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya. satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa.gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate. siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan Cadangan Hidangan: sajikan sate dengan kuah kacang,hirisan timun dan bawang merah

Chicken Chop

Image
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (diambil peha dan dada) 1 biji telur 1 biji tomato 1 helai daun salad Sedikit daun pasli Sedikit lada sulah 20 gm potato chip (digoreng) 20 keping biskut tawar (dikisar halus Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos: 1 biji lada buah 1 biji bawang besar 2 sudu besar sos cili ½ batang lobak merah 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lea & perrin 2 ulas bawang putih (dicincang halus) Cara: Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Nasi Ayam

Image
Bahan-Bahan: 1 kg beras 500 gm lemak ayam 200 gm bawang merah - dimayang 200 gm bawang besar - dimayang 100 gm bawang putih - diketuk 3 helai daun pandan 1 ½ liter stok ayam 50 ml minyak bawang putih Sedikit garam Sedikit lada sulah Sedikit gula Cara: Cara memasak ayam: 1 ekor ayam (1.6 kg) Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan Cara membuat sos cili: 500 gm cili merah 100 gm halia 20 ml lemak/minyak ayam 10 ml jus limau nipis Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara membuat sos halia: 600 gm halia muda 100 ml minyak ayam Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara Memasak: Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan. Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak ...

Nasi Kerabu

Image
Bahan-bahannya:- 2 tin susu beras 2½ tin susu cair 1 sudu teh lada hitam 2 ulas bawang merah sedikit kelapa parut 1 ekor ikan kembung bakar Bahan untuk ulam:- sedikit kacang panjang (dimayang halus) sedikit daun kunyit (dimayang halus) sedikit taugeh (dimayang halus) Cara Membuatnya:- 1. Beras di bersihkan. Kemudian ditanak hingga masak dengan 2½ tin susu cair. 2. Ikan kembung diambil isinya kemudian ditumbuk hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan garam secukup rasa, setelah itu goreng sebentar tanpa minyak hingga kering kemudian angkat ke tepi. 3. Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika menghidangkan.

Nasi Beryani

Image
Nasi Beryani Bahan-bahannya:- 4 cawan beras (basuh dan toskan) 1 cawan susu cair 1 biji air perahan limau 5 sudu besar minyak sapi 4½ cawan air sejuk Bahan Giling:- 20 biji badam 12 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1.2 cm halia Cara Membuatnya:- 1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling kemudian masukkan susu cair serta air. 2. Bila mendidih masukkan beras dan biarkan hingga kering airnya. 3. Ambil sekeping ayam beriyani masukkan ke dalam nasi dan tutup semula dengan nasi. 4. Biarkan di atas api hingga nasinya tanak.