Resepi Apam Balik

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula1 butir telur1
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :
1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk1 cawan gula halus1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :
1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satusenduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6.Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandumdicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu denganminyak terlebih dahulu.

Kredit to
Radio Atok
http://www.radioatok.com

Comments

Shahirah said…
nak try wat..feveret:) xjadi siap eyh!

Popular posts from this blog

Macam mana nak tukar TEMPLATE for BLOGGER ONLY

Transurethral resection of the prostate (TURP)