Posts

Showing posts from July, 2009

PELAJAR CEMERLANG( DR. FADZILAH KAMSAH )

( DR. FADZILAH KAMSAH )

PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih ot…

Jantung

Image
Jantung Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greekkardia untuk "jantung".
StrukturDalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepa…

diabetes mellitus

Penyakit kencing manisPenyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,…

Kata-kata Motivasi 2

Kata-kata Motivasi Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya da…

Kata-kata motivasi

Masataka Tomozoe,usahawan dan jutawan Jepun. Katanya…

“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”
.




Cinta, Suka, Kasih Sayang seperti di dalam al-Qur'an

Allah dicinta dan Dia mencintai. Cinta-Nya akan menyebabkan kesalahan-kesalahan orang-orang yang mencintai-Nya diampuni. Dia dicinta dengan mengikuti wahyu yang diwahyukan melalui Nabi-Nya. Firman Allah,

"Katakanlah, 'Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.'" (3:31)

Cinta pada-Nya mengatasi segala cinta lain, termasuk cinta pada manusia yang dijadikan rakan-rakan bagi Allah, atau pemberi petunjuk, seperti Nabi, Rasul, Imam, Tok Guru, dan sebagainya. Menyamakan cinta pada Allah dengan mereka selain daripada-Nya adalah suatu kezaliman. Firman Tuhan,

"Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesem…

Award Collection

Image
From Bisikan Rindu

Ini adalah award baru yang aku ambil dari Bisikan Rindu..
thank u So much for da award...salam ukhwah tok semua...


From
..::Aku CinTa Di CouPLe::..


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Jadi nombor lahirnya ialah 1)

1=KETULENAN
Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2= PENDAMAI
Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelu…

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberonta…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga k…

PENYEBAB KERESAHAN HIDUP.

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :-
Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
Percampuran antara iman dan syirik.
Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.
Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.
Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan …

Maaf adalah kata benda yang bererti keampunan