Sunday, September 14, 2008

gelang magnetik E-Dymium




Sejarah

Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan.

Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan "gout" dan kekejangan otot.

Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikikan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu.

Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet "mengganggu" tranmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia, dan magrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.

Fakta

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin - yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan.

Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain.

Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan.

Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu



Jenis-jenis biomagnets:

Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi).

Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah Fahrenheit atau 80 darjah Celsius.

Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub.

Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet).

Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai masalah di zaman millennia ini.

Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala sumber kehidupan bumi.

Gelang biomagnetik E-Dymium :

Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah manusia. Kaedah ini dikenali sebagai "Terapi bio magnetik".

Kebaikan gelang magnetik E-Dymium
� Meneutralkan pH dalam badan
� Melancarkan perjalanan darah
� Meningkatkan oksigen dalam badan
� Mengurangkan kebengkakan (cellular)
� Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
� Mengawal kencing manis
� Melegakan kesakitan otot dan sendi
� Meningkatkan tenaga batin

Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai :
� Kebas
� Pening kepala
� Sakit perut
� Susah tidur
� Sakit

( kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)

Kajian

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

untuk pertanyaan emailkan kepada

reikikundalini8@yahoo.com

http://www.edymium.com

Friday, September 12, 2008

Rawatan Metafizik Gemilang








Pengenalan

Alam semester merupakan sumber tiada batasan,terdiri dari jutaan jenis energi kehidupan.Reiki adalah teknik pnyembuhan yang merupakan ilmu rahsia kuno dengan memanafaatkan energi alam semesta maka reiki adalah penyembuhan alami yang bersumberkan energi illahi .Dimana ianya dapat dipelajari dan diperolehi dalam waktu yang singkat.Rei adalah perkataan dari bahasa jepun yang bererti alam semesta dan ki bererti energy kehidupan atau tenaga hayat .Jadi terjemahan Reiki bermaksud energy tenaga hayat dari alam semesta ciptaan tuhan atau energy illahi
Reiki kundalini bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dana cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi.Cakar akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujing tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini.Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruh badan melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terketak dibahagian atas kepala.Saluran tenaga ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota .Kundalini terbuka ini bermakna selepas suatu masa yang tertentu ,pemprosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan .Ianya bererti segenap bahagian –bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai-bagai situasi penyembuhan.

Kundalini Reiki Tahap 1 dan 2

Dalam penyelarasan antara kundalini reiki tahap 1 kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (kecuali cakar akar).Saluran utama tenaga dari cakra mahkota ke cakra akar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan reiki kundalini tahap 2 .Dimana cakra hati akan menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra makhot dibuka supaya reiki boleh mengalir ,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan dalam reiki kundalini tahap 2.Kesemua cakra-cakra dan saluran tenaga akan kosong dan terbuka

Penyembuhan

Setelah anda menerima pengaktifan reiki kundalini dan hanya dengan kaedah meditasi reiki 5 minit dalam sehari maka serta merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.Melalui pengosongan minda visual reiki kundalini maka tenaga penyembuhan tu akan mengalir dan anda biarkan iaterus mengalir ,tanpa perlu menumpukan perhatian kerana ia akan berfungsi dengan sendirinya hanya anda atau pesakit perlu bertenang dan alami tenaga itu.Selepas 3 hingga 5 minit kan terasa tenaga itu berhenti dan anda atau pesakit dirawat biasanya akan merasai sedikit kletihan.Ini bermakna penyembuhan telah sempurna.Walaubagaimanapun tenaga penyembuhan ini akan tetap wujud didalam tubuh pesakit ertinya proses penyembuhan akan terus berjalan tanpa sempadan ,masa ,lokasi dan situasi kerana itu juga tenaga ini dikenali sebagai tenaga pintar anda Cuma perlu programkan dan ia akan berfungsi dimana penyakit yang tersembunyi akan muncul keluar dan sasaran keberadaanya dicari dengan pasti .Dengan cara ini pesakit akan sentiasa menerima penyembuhan tepat yang diperlukan tanpa mengambil kira sama ada penyakit itu berat atau ringan .Ingatalah yang tenaga itu akan sentiasa mengalir kemana ia diperlukan .Ini adalah perumpamaan /contoh untuk membantu anda untuk lebih memahaminya.
Sekiranya anda mencurahkan sebekas air(ibaratkan air ini sebagai tenaga)atas sebatang jalan yang dipenuhi dengan lubang-lubang dibawahnya.Apa yang akan berlaku..? Air akan berkumpul didalam lubang dibawah jalan tadi.Anda tidak perlu mengisi setiap lubang satu persatu untuk memenuhinya .Air tadi akan mengalir ke lubang dengan sendirinya .Inilah caranya pengaliran tenaga .Mulakan pengaliran dan ia akan berkumpul dimana ia diperlukan.

Pembersihan Unsur Negatif Dalam Rumah Tangga

Kaedah reiki kundalini juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan secara jarak jauh mahupun dekat

Penyembuhan hubungan karma

Biasanya terdapat satu hubungan karma diantara seseorang yang disayangi atau yang pernah disayangi .Hubungan ini kadangkala oleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh –pengaruh negatif kepada bahagian fisikal dan tenaga kita.kerap kali hubungan –hubungan itu bertambah kuat apabila hubngan karma disembuhkan .Anda perlu menggunakan jenis penyembuhan jenis ini di antara diri anda dan mereka yang anda sayangi atau pernah anda sayangi .Untuk ini anda perlu menggunakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki hubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain .

Penyembuhan situasi/kualiti

Anda juga boleh menyembuhkan esuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi atau watak seperti ketidakstabilan emosi.Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan ,lemah semangat ,malas,kecewa dan putus asa,gelisah bimbang risau tidak menentu ,ketidakyakinan ,kemarahan dan sebagainya.Dari penyembuhan situasi/kualiti yang negatif akan membantu dalam meraih potensi dan prestasi diri seperti keterampilan .wibawa dan prima jati diri .Kejayaan dalam setiap lapangan yang diceburi .penyembuhan juga boleh dilakukan kepada binatang.

Penyelarasan lebihan (Reiki kundalini 3 )

Inilah tahap terakhir dalam pengaktifan reiki kundalini dan dari tahap ini anda sudah mencapai tahap master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain .Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan lebihan .

1. Reiki berlian
• Ianya tenaga yang kuat dalam situasi penyembuhan
2. Reiki Kristal
• Dikeseluruh tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu ,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup.Setiap kali gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk.Trauma ini contohnyaadalah seperti tangan yang patah terseliuh kesedihan dan sebagainya.Jika umpamanya tangan seseorang patah tangan sebutir berlian terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu.Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.

3. Reiki DNA
• Menguatkan keupayaan untuk menyembuh untaian DNA.Iaitu penyakit keturunan yang negatif

4. Reiki trauma kelahiran
• Trauma yang paling berat biasanya adalah proses kelahiran .Untuk pembebasannya reiki trauma kelahiran kelahiran perlu dilakukan

5. Reiki lokasi
• Sebagaimana adanya hubungan karma diantara manusia terdapat juga hubungan diantara manusia lokasi dan juga bumi.Hubungan-hubungan .Ini boleh melemahkan kita dan kadang kala mempengaruhi kesihatan fizikal kita.Tenaga yang digunakan disini akan mendatangkan kesan yang optima.

6. Reiki kehidupan lampau
• Ianya adalah untuk menyembuhkan sekatan-sekatan dari kehidupan mas lalu.



Sebarang Pertanyaan boleh dihantar melalui email

amypahang@yahoo.com

reikikundalini8@yahoo.com

12 Sifat Sahabat



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

KASIH SAYANG MENURUT ISLAM


Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.

Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:

Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “

Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah.

Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh. Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “

Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.

Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:

Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi)

Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:

1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.

2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.

3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.

Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di Indonesia, negara-negara Arab dan Afrika yang hanya memikirkan cara untuk menghapuskan saudaranya sahaja, bukan untuk membantu dan meningkatkan maruah serta martabat bangsa mereka sendiri.

Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails