Wisma Amal Cahaya Bistari


MARI BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.

Mari kita melakukan sedikit pengorbanan dan infakkan harta kita dijalan ALLAH..
Saya sebagai admin blog ini dengan hati yang tulus ikhlas cuba membantu dari segi menggunankan blog ini sebagai medium hebahan.Diharapkan kita dapat membantu setiap dari mereka dan apa yang kita belanjakan dijalan ALLAH sentiasa mendapat barokah dan rahmat serta limpahan kasih ALLAH insyallah





Dengan ini dimaklumkan WISMA AMAL CAHAYA BISTARI(No pendaftaran 002016132-M)
(WACB) memerlukan bantuan untuk menampung kos pengurusan wisma ini.

Wisma Amal Cahaya Bistari adalah sebuah Pusat Kebajikan Dan Pendidikan untuk anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, asnaf zakat, remaja insaf serta perlindungan sementara bagi mereka yang memerlukan.


Wisma Amal ini telah pun beroperasi pada pertengahan tahun 2010 yang didaftarkan atas nama Pusat Jagaan Cahaya Bistari (No pendaftaran : 002016132-M) sedang mengendalikan seramai 100 orang anak-anak daripada golongan yang disasarkan samada yang menghuni di Wisma ini atau yang tinggal bersama keluarga serta waris masing-masing
untuk maklumat lanjut berkenaan Wisma ini boleh layari di web ini di www.wismaamal.org

KONSEP

Wisma Amal Cahaya Bistari ini berkonsepkan sebuah kompleks yang memberi kemudahan kepada penghuni yang ianya berfungsi sebagai asrama, penempatan petugas, pejabat, nursery kanak-kanak, bilik tetamu, bilik kuliah dan bilik transit bagi golongan berkenaan dan sebagai pusat aktiviti penghuni dan pihak pentadbiran.

Misi

Wisma Amal Cahaya Bistari berhasrat untuk menjadi sebuah hub kebajikan dan pendidikan sebagai penghubung antara golongan yang berkemampuan serta dermawan dengan golongan yang sangat memerlukan pembelaan dan perhatian.
Wisma Amal ini bertindak selaku pengelola, pengendali dan penyelia segala keperluan serta kemudahan kebajikan dan pendidikan secara optimum melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Semua ini dilaksanakan bukan berasaskan keuntungan.

Visi

Wisma Amal Cahaya Bistari mengsasarkan dalam tempoh tertentu untuk menjadi sebuah “Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan” selaku badan penghubung malah mampu menaungi rumah kabajikan, rumah amal, badan-badan kebajikan atau golongan yang menjalin kerjasama dalam manjayakan usaha yang selari dengan Pertubuhan ini.

 

Matlamat

Program yang disusunatur oleh Wisma Amal ini bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat antaranya ialah:
  1. Mendidik,membimbing dan memantau penghuni asrama dari sudut akidah, ibadah dan akhlak agar sentiasa selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
  2. Mengasuh dan mendidik agar kehidupan seharian menepati panduan dan syariat Tuhan
  3. Menanamkan keyakinan kepada Tuhan sehingga benar-benar merasai peranan Tuhan dalam setiap inci dan detik kehidupan
  4. Membina jati diri melalui keyakinan yang padu kepada Allah serta janji-janji nya
  5. Melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi manfaat kepada orang lain
  6. Melahirkan generasi yang sangat berkasih sayang antara satu sama lain
  7. Membina perhubungan yang berkekalan antara golongan dermawan dengan golongan yang memerlukan pembelaan
  8. Membantu menjayakan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni kesan daripada program pembelaan dan kasih sayang antara dua golongan tersebut

Objektif

Wisma Amal ini akan menjadi pusat aktiviti-aktiviti kebajikan serta pendidikan dengan mnyediakan keperluan dan kemudahan bagi golongan seperti berikut ;
  1. 8 golongan asnaf (fakir,miskin,mualaf,ibnu sabil, penuntut ilmu,musafir,orang yang berhutang dan amir)
  2. anak-anak yatim
  3. Ibu tunggal
  4. 4. remaja insaf
  5. 5. warga emas
  6. 6. oku
  7. 7. mangsa bencana alam
  8. 8. mangsa gejala social
Sehubungan dengan ini pihak WACB amat mengalu-alu kan sumbangan dari pihak tuan bagi memenuhi keperluan operasi wisma ini .Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu anak-anak  di wisma ini menjadi insan yang sentiasa berada dijalan ALLAH dan menjadi pemangkin pembangunan ummah .insyallah

Comments

Popular posts from this blog

Macam mana nak tukar TEMPLATE for BLOGGER ONLY

Transurethral resection of the prostate (TURP)