harimau atau garuda.....

Mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.Itulah misi utama skuad bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang dijadual bertemu pasukan tuan rumah Indonesia di perlawanan akhir sukan sea 2011 pada 21 November 2011 di stadium Gelora Bung Karno.
Perlawanan yang akan berlangsung pada jam 8 malam itu dijangka sengit kerana pasukan Indonesia sudah pasti akan menurunkan barisan utama mereka selepas mereka ditewaskan oleh Malaysia 1 – 0 dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Dibantu pula dengan puluhan ribu penyokong yang digelar “pakar perang psikologi” Indonesia sudah pasti turun dengan lebih bersemangat kali ini.Malaysia pula berbekalkan dengan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia sebelum ini mungkin tiada masalah untuk sekali lagi beraksi di hadapan penyokong fanatik mereka.
Perlawanan akhir sukan sea 2011 ini akan disiarkan secara langsung di RTM, Astro Arena dan TV3 pada 21 November 2011 Jam 8 malam.Sama sama kita mendoakan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Macam mana nak tukar TEMPLATE for BLOGGER ONLY

Transurethral resection of the prostate (TURP)