Posts

Showing posts from September, 2008

12 Sifat Sahabat

Image
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang meng

KASIH SAYANG MENURUT ISLAM

Image
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat. Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “ Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar