Posts

Showing posts from August, 2009
Image

Meningkatkan daya ingatan anda

Oleh: Ahmad Fadzli Yusof KEMAHIRAN mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi seseorang pelajar. Bukan sahaja untuk mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran, bahkan kita juga perlu mengingati tugasan-tugasan yang pertu dilakukan setiap hati. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan daya ingatan kita? Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh anda lakukan, namun dalam ruangan ringkas ini, ada beberapa panduan asas yang mudah untuk anda semua: Pertama sekali, yakinkan diri bahawa anda mempunyai daya ingatan yang kuat. Ingat semula perkara-perkara yang anda lakukan semalam. Cuba fikir tentang pakaian yang anda pakai, makanan yang anda makan, tempat yang anda pergi, dan beberapa tugasan yang anda telah selesaikan semalam. Banyak perkara yang anda ingat bukan? Tetapi, sebenarnya ia tidak perlu disimpan dalam otak anda. Buang sahaja maklumat yang tidak penting. Berikan ruang kepada maklumat-maklumat penting. Memori anda kuat, cuma anda telah menyimpan maklumat yang tidak perlu. Ak

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. 3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. 4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan. 5. Memahami apa yang dibaca. 6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. 7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran. 8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan. 9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran. 10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet. 11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran. 12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu. 13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. 14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelaja

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran. 2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting. 3. Tidur yang mencukupi.. 4. Menjaga kesihatan diri. 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. 7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat . 8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas. 9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh. 10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak. 11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai. 13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan. 14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar. 15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. 16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan. 17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk m

Persahabatan

Maksud sebenar Persahabatan PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara." Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip. Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihati

10 cara membina motivasi diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut: 1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat. 2. Lakukan senaman ringan 3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat sen

Makna Sebenar Gagal

Apa makna sebenar gagal ? Gagal ialah satu keadaan bila mana apa yang kita buat tak menjadi seperti yang kita inginkan. Ataupun, gagal adalah satu situasi bila kita tak mencapai apa yang kita targetkan, kita tak mendapat apa yang kita mahukan. Gagal wujud dalam segenap aspek hidup kita. Gagal dalam pelajaran. Gagal mendirikan sembahyang Subuh, gagal mengatur masa kerja dengan baik, gagal memasak dengan cukup sedap, gagal berusaha dengan cukup rajin. Itulah beberapa contoh kegagalan kecil yang kita lakukan. Setiap hari, bila kita gagal mendirikan sembahyang Subuh, sebagai orang Melayu beragama Islam, kegagalan yang kecil tu akan melarat kepada kegagalan-kegagalan besar . Maka sebab itulah dalam azan, sering dilaungkan frasa “marilah menuju kejayaan” (hayya alal falah) untuk mengingatkan kita. Gagal hanyalah suatu cara yang salah, satu usaha yang kurang berhasil, boleh juga dipanggil usaha yang dijalankan dengan cara kurang betul. Bukan tak betul, cuma kurang betul. Kena fikir opti

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan