Posts

Showing posts from March, 2010

Ayam Percik

Image
Ayam Percik Bahan-bahan 2 kg ayam [potong 4 keping] 3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ] 1/2 cawan air asam jawa 1 s/t gula 1 s/t halba garam secukup rasa bahan mesin halus 20 tangkai cili kering 4 biji bawang putih 3 cm halia 5 batang serai Cara Memasak 1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. 2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam. 3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu] 4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun. NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang.

ROTI JALA

Image
ROTI JALA Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung kastad 2 s/b susu cair 2 cawan air garam Cara Memasak 1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk. 2. Pansakan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala. 3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong. 4. Hidangkan dengan gulai ayam.

Donut

Image
Donut Bahan-bahan Bahan A                                  600 gm tepung gandum 100 gm tepung naik sendiri 100 gm gula 30 gm susu tepung 1 s/k garam 11 gm [ 1 paket] yis mauripan Bahan B 1 biji telur [pukul sikit] 330 ml air suam 60 gm majerin 1 s/k bread softener Bahan C [untuk goreng donut] 500 ml minyak 1 s/b majerin Cara Memasak 1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. 2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. 3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda. 4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. 6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api. 7. Goreng donut sehingga kuning keemasan. 8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Nota:semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...

Cermin Diri...

Image
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 6. Orang yang sudah hilang sifat