Posts

Showing posts from May, 2010

Sekadar renungan

Image
Firman Allah SWT; “ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 ) Sabda Nabi SAW; “ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Happy Mothers Days.....

Image
APPRECIATE your MOTHER ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ i am very lucky son.... it is all because of YOU..... to have YOU as my mum..... because of YOU.... I am born in this world.... because of YOU.... I am what i am today.... because of YOU.... I am half way to success..... because of YOU.... I am proud to be myself.... thank you for being my mother..... Happy Mother's Day.....

Pesanan Untuk Diriku dan kamu

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa kita, lebih lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya : “Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” . Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah. Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali k