Posts

Showing posts from December, 2009

Saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah: 1. Lupakan masa lalu Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasan

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Salad Buah

Image
Salad Buah Bahan-bahan 2 biji epal hijau 2 biji epal merah 2 biji mangga (yg masak tapi keras) 1 biji betik exotica 1 tin nenas kiub anggur merah dan hijau kismis hitam dan kuning 3 cawan yogurt (sebarang perisa) 3 cawan ice-cream vanilla 3 s/b oren sunquick Cara Memasak 1. Potong dadu semua bahan yang besar. 2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in. 3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. dihidangkan dalam mangkuk kecil

Nasi goreng biasa

Image
Nasi goreng biasa Bahan-bahan 4 cawan nasi sejuk [hancurkan] 2 biji telur ayam [pukul sikit] 5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci] 1/2 batang carrot [potong dadu kecil] kobis bulat [potong kecil] minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bahan tumbuk 2 biji bawang putih\ 6 biji cili padi 2 biji cili merah segengam ikan bilis 1 inci belacan Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. 2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Ksehingga sedikit layu. 3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan 4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak. 5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng

Rahsia Disebalik Senyuman

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..” Rahsia disebalik senyuman.. Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson". Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar . 15 fakta menarik tentang SENYUM 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging